Lensa Jalan Permai SG9
Always Been One Step Closer...
Tuesday, May 17, 2011
Manusia Adalah Sebaik-baik Kejadian
'Verily, We created man in the best form', itulah translation ayat dalam Surat At-tin. Satu daripada tandanya seperti yang disebut oleh seorang mufti ialah bagaimana manusia atau bayi menyusu dan bandingkan dengan makhluk lain, atau binatang. Elok dan mulianya kejadian manusia di mana bayi manusia menyusu di dada emaknya, sementara binatang menyusu di bahagian belakang, dekat punggung, Allahu Akbar.
Sunday, May 15, 2011
Hamba Allah vs Hamba Nafsu/Syaithon
Disebut dalam program 'Tanyalah Ustaz' pagi ini di mana satu daripada parameternya ialah bila azan dikumandangkan, apa respons kita, sama ada terus ke masjid atau selesaikan apa yang kita buat pada masa itu. Sekiranya kita terus menyahut panggilan itu, maka kita adalah hamba Allah dan sekira sebaliknya, kita adalah hamba sebelah sana, harap faham.
Sunday, March 6, 2011
Siapa Yang Menanam Benih, Dialah Yang Menuai Hasilnya?
Ada sebahagian manusia yang mengaku mereka sebagai golongan yang cerdik yang menginginkan orang lain menghormatinya, sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri suka menghina mereka. Siapa yang menginginkan dirinya dihormati, sedang dia sendiri suka menghina orang lain? Siapa yang menginginkan dirinya dimuliakan, sedang dia sendiri suka merendahkan orang lain? Ingatlah, Allah Maha Adil.
Kadang2, ada orang menanam benih, tapi orang lain yang menuainya... sebenarnya orang itu menuainya dengan cara baathil..
Kadang2, ada orang menanam benih, tapi orang lain yang menuainya... sebenarnya orang itu menuainya dengan cara baathil..
Saturday, March 5, 2011
Solat-lah!
"Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan (mengerjakan) SOLAT. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang sabar".
Di waktu ketakutan dan kesedihan menghampiri, ketika kesukaran dan kesusahan menghambat, maka segeralah berdiri solat. Maka dengannya serta izin Allah, ketakutan dan kesedihan menjauh, kesukaran dan kesusahan terlerai. Dengan solat itu juga akan menenangkan jiwa.
Rasulullah saw, apabila mendapati suatu permasalahan yang amat sukar, beliau bersabda, "wahai Bilal, rehatlah kita dengan solat". Solat bagi baginda seumpama penyejuk mata, sumber kebahagiaan dan kesenangan.
Sumber: 30 Kunci Meraih Kebahagiaan oleh Dr. 'Aidh Al-Qarni
Semoga kita boleh beramal dengannya.

Tuesday, February 15, 2011
Kelate Kito
jijok angin weh.. kalu tambah sikit pasal makanae koho molek.. anyway, good work!
Saturday, January 29, 2011
Bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan
bersyukurlah dengan apa yang ada, harta, pangkat, anak dan apa sahaja. 17 kali kita ucapkan 'alhamdulillah' sehari dalam solat 5 waktu, apa yang kita 'alhamdulillah-kan'?
Tuesday, January 11, 2011
Nasihat
Lihatlah kebaikan orang kerana ianya akan mempengaruhi hati kita jadi baik, ekpresi wajah jadi baik, perkataan kita jadi baik, suasana jadi baik
Subscribe to:
Posts (Atom)