Sunday, November 14, 2010
Thursday, November 4, 2010
Hadith 1 - Berkat Menjaga Silaturrahim Keluarga
Daripada Anas r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah saw, "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan ditundakan ajalnya, hendaklah ia menghubung silaturrahim keluarga". Hadith riwayat Muslim dan Bukhari.
Ulama memberi tafsir 'ditunda ajal' sebagai diberi berkat dalam umurnya.
Ulama memberi tafsir 'ditunda ajal' sebagai diberi berkat dalam umurnya.
Sunday, October 31, 2010
Sejarah Tercipta!
Gol-gol daripada Hairudin, minit 57 dan Piya, minit 65 cukup untuk pasukan Kelantan meletakkannya sebaris dengan pasukan-pasukan lain menjulang Piala Malaysia. Kejayaan ini datang selepas percubaan tahun 1955, 1970 dan 2009 tidak kesampaian. Kepada semua pemain, pengurusan, syukur dan tahniah. Kepada penyokong, teruskan menyokong, you're unique!.
Saturday, October 30, 2010
Selamat Berjuang Kelantan!
Malam ini akan menentukan antara Kelantan atau Negeri Sembilan yang akan menjadi juara Piala Malaysia 2010. Kami sekeluarga berpeluang meninjau suasana di Kompleks Sukan Bukit Jalil pagi tadi. 10.30pagi, sebahagian besar penyokong The Red Warriors telah berada di sana. Begitulah semangat dan hebatnya penyokong Kelantan, sanggup berhabis wang ringgit kerana hanya bolasepak. Gelombang ini, pada masa ini hanya ada pada penyokong Kelantan. Yes, tunjukkan kepada sesiapa, bahawa kita adalah sentiasa menjadi peneraju. Semoga Kelantan berjaya kali ini setelah dikecewakan lawan yang sama tahun lepas.
Sunday, October 17, 2010
Maghrib @ Masjid As-Syakirin, KLCC
Selepas melayan tetamu Abang Pin dan Kak Yah sekeluarga dari Pasir Tumboh, Kelantan kami bersiap untuk ke Masjid As-Syakirin, berharap agar dapat berjemaah maghrib di situ. Alhamdulillah, tiba di situ sekitar 6.50pm.
Jagalah Solat
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tabrani dan Ibnu Hibban daripada Abdullah bin Amr bin Al-'Ash dari Nabi saw, sesungguhnya pada suatu hari baginda menyentuh tentang solat, baginda lalu bersabda yang ertinya,
"Barangsiapa yang menjaga solat, maka pada hari kiamat nanti dia berhak memperolehi cahaya, bukti dan keselamatan. Dan, barangsiapa yang tidak menjaganya, maka pada hari kiamat nanti dia tidak berhak memperolehi cahaya, bukti dan keselamatan. dan juga pada hari kiamat nanti dia akan bersama-sama dengan Fir'aun, Qarun, Hamman dan Ubai bin Khalaf".
Menurut Ibnu Qayyim, orang yang tidak dapat menjaga solat itu adalah kerana beberapa alasan, sibuk dengan urusan hartanya, atau sibuk dengan urusan kekuasaannya, atau sibuk dengan urusan jawatannya, atau sibuk dengan urusan perniagaannya. Lalu, jika sibuk dengan urusan hartanya, maka dia akan bersama Qarun, jika sibuk dengan urusan kekuasaannya, maka dia nanti akan bersama Fir'aun, jika sibuk dengan urusan jawatannya, maka di akan bersama Hamman dan jika sibuk dengan urusan perniagaannya, maka dia akan bersama Ubai bin Khalaf.
Lunch @ Restoran A. Hassan, Cheras
Semalam, bawa famili untuk makan tengahari di Restoran A. Hassan, Velodrom Cheras. Serves Kelantanese style of cooking, well known with fried ayam kampung, sedap ooi.. Ambil 5 ketul ayam, gulai daging, sikit sayur2, lala masak lemak dan sambal belacan..
Selepas itu, terus menuju ke pusat bandar. Singgah solat zohor di Masjid Negara dan seterusnya jalan-jalan di Jalan TAR, seperti biasa kedai buku dan jalan-jalan di pasar minggu di situ.
Selepas itu, terus menuju ke pusat bandar. Singgah solat zohor di Masjid Negara dan seterusnya jalan-jalan di Jalan TAR, seperti biasa kedai buku dan jalan-jalan di pasar minggu di situ.
Tuesday, October 12, 2010
Sedekah
“ Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengatahui.” (Al-Baqarah : 268)
“ Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan (diseksa) apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. (Ali-Imraan : 180)
“ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan : 92)
”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
”Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Sabda Nabi SAW, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, ”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ”musnahkanlah orang yang menahan hartanya”.
Rasulullah Saw. bersabda, "Bila engkau ingin dicintai Allah, takutlah kepada-Nya dan bertakwalah. Bila engkau ingin dicintai para makhluk, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan berharap sesuatu dari yang mereka miliki. Bila engkau ingin diperkaya dalam harta, maka zakatilah harta bendamu. Bila engkau ingin disehatkan badanmu, maka perbanyaklah sedekahmu. Bila engkau ingin diperpanjang umurmu, maka bersilaturrahmilah kepada kaum kerabatmu. Bila engkau ingin dikumpulkan bersamaku di padang mahsyar, maka perpanjanglah sujudmu kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa.
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : ”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Lalu, wahai isteri dan anak-anakku, jika kamu ingin kaya, mulia dan bahagia, maka perbanyaklah sedekahmu...

Tuesday, August 31, 2010
Ambang Merdeka 2010, Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu
Majlis mula awal dengan acara khatam al-qur'an beramai-ramai. Orang awam dijangkakan seramai 4000 orang selain daripada penyertaan khusus daripada jabatan-jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Berbuka dengan kurma dan minum fresh orange yang dibeli di luar stadium. Nasi sebungkus diberikan oleh hamba Allah yang melihat saya tiada apa nak makan. Terima kasih. Solat maghrib diimamkan oleh pegawai agama negeri sementara solat Isyak dan solat hajat diimamkan oleh pegawai kor agama tentera, beruniform. Tok Guru dan Ustaz Ahmad Yaakob ada sekali, makmum.
Kami bersolat terawih yang diimamkan bergilir-gilir oleh dua orang imam daripada Mesir.

Masjid Beijing, Rantau Panjang
Bertolak dari Pongsu 1000 jam 8.15am melalui Pekan Lunas sebelum memasuki lebuhraya Butterworth - Kulim. Traffic dari Kulim ke Grik lengang, pemandangan sangat menarik. Berhenti mengisi minyak di Bandar Grik sebelum terus menghala ke Jeli. Untuk lebih memudahkan, kami menyusur keluar daripada lebuhraya Timur-Barat di Panglima bayu mengarah ke Rantau Panjang.
Pemandangan di pintu masuk Masjid Beijing, Rantau Panjang
Tiba di Kg. Kelong, Tumpat jam 1.20pm. Alhamdulillah selamat perjalanan kami. Kami akan berada di kampung selama beberapa hari dan akan kembali ke Seri Gombak pada 31 Ogos 2010.

Saturday, August 28, 2010
Ziarah Pongsu 1000, Seberang Prai
Hari ini, Jumaat 27 Ogos 2010 merupakan kelepasan am bagi sebahagian negeri di Malaysia termasuk Selangor. Kami memang sudah merancang awal untuk balik ke Kelantan, sebelum itu akan ke Penang. Selepas subuh, kami bersiap dan lebihkurang jam 7.15am kami bertolak melalui MRR2 menghala ke Sungai Buloh dan seterusnya menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Perjalanan non-stop hampir 4 jam untuk kami sampai ke destinasi.
Berbuka di surau berhampiran dengan rumah ipar, dijamu dengan nasi tomato. Alhamdulillah.
Sunday, August 15, 2010
Kelantan Launches Own Dinar & Dirham Currency
Kelantan State Government has launched gold dinar and silver dirham Kelantan 12 August 2010 in a move to promote the use of shariah currency. Bravo Tok Guru and the team, you're always ahead.
See articles here and here and here for better understanding. Our former Prime Minister has pointing out his views on dinar, click this link to read.
See articles here and here and here for better understanding. Our former Prime Minister has pointing out his views on dinar, click this link to read.
Wednesday, August 11, 2010
Padang, Indonesia - Day 1
Kami bangun awal hari ini, 6 Ogos 2010. Flight ke Padang pukul 7.50am. Seperti biasa, untuk international destination, eloknya kena berada di airport 2 jam sebelum departure. Kami bertolak dari rumah tepat jam 5.00am, sampai di LCCT lebihkurang 6.15am, parked the car dan terus menuju ke bilik solat, solat subuh.
Setelah menukar wang (currency rate is RM1=Rp25xx, the lowest rate so far against Indonesian Rupiah??), terus ke check-in counter. It's a common check-in counter for those bound for Indonesia, too bad. Orang sangat ramai, sistempun nampak slow. 7.10am baru selesai di situ. Masa agak suntuk, terus ke kaunter imigresen. Selepas pemeriksaan imigresen, terus berjalan laju menuju Gate T5 bersama penumpang lain yang telah beratur. Kesian Fatin dan Amalina yang terpaksa berkejar-kejar mengikut pace bapanya.
Penerbangan LCCT - Padang tidaklah lama, lebihkurang 1 jam sahaja. Belum sempat habis mengisi borang-borang kastam dan imigresen Indonesia, aircarft sudah mulai descending. Landed in Minangkabau International Airport on time as scheduled, 8.00am local time.
Pak Ferry sudah berada di luar pintu keluar Arrival Hall, terus ke kereta Avanzanya. Kami dibawa menghala ke Bukittinggi. On the way, kerana belum sarapan lagi di Kuala Lumpur, kami berhenti di Rumah Makan Lamun Ombak. Benarlah kata orang, memang unik cara serve makanan di restoran-restoran di sini. Masing-masing akan diberikan bekas air basuh tangan dan kemudian dihidangkan dengan berbelas pinggan kecil berisi lauk-pauk, macam-macam. Harga akan dikira mana yang kita makan.
Pemandangan dari Hotel Benteng, Bukittinggi. Aircond tidak ada, udara alami (semulajadi) sudah sejuk.
Di sebuah kedai jual pakaian, telekung sembahyang, tudung di Koto Baru
Pemandangan dari Hotel Benteng, Bukittinggi. Aircond tidak ada, udara alami (semulajadi) sudah sejuk.Di sebuah kedai jual pakaian, telekung sembahyang, tudung di Koto Baru
Salam Ramadhan Al-Mubarak, 1431H
Mudah-mudah kita adalah termasuk orang-orang yang mendapat kebaikan, keberkatan dan kemenangan di bulan Ramadhan juga kejayaan i.e. 'itqun min annar, pembebasan daripada api neraka. Juga, janganlah kita termasuk orang-orang yang gagal sebagaimana hadis Rasulullah saw:
Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw pernah naik mimbar, kemudian berkata "Amin, Amin, Amin". Ditanyakan kepada beliau, "Ya Rasululllah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?". Beliau bersabda, "Sesungguhnya telah datang Jibril kepadaku, dia berkata, "Ya Allah, jauhkanlah (dari), siapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya (maka akan masuk neraka), saya mengucapkan, "Amin". Maka bagaimana dengan yang kedua, beliau berkata, "Ya Allah, jauhkanlah (dari), siapa yang disebutkan namamu, mereka tidak mengucapkan sholawat atas mu, saya menucapkan, "Amin". Maka, bagaimana dengan yang ketiga, beliau berkata, "Ya Allah, jauhkanlah (dari), siapa yang masih mempunyai kedua orang tua atau salah satu daripada mereka, tetapi tidak masuk syurga (kerana tidak berbuat baik kepada keduanya), maka akupun mengucapkan Amin.." Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Baihaqi.
Monday, August 9, 2010
Siapa kita di dunia ini...
Salam.
Saya ingin memetik satu pandangan daripada seorang penulis dalam sebuah buku. Beliau mengibaratkan kehidupan di dunia ini sebagai sebuah pementasan besar di atas panggung yang super besar. Tentunya sebuah pementasan besar akan ada pengarah, ada pelakon, ada skrip.
Sutradara atau pengarah kehidupan adalah Allah swt, pelakon utama adalah manusia dan skripnya adalah al-Qur'an dan sunnah nabi.
Seorang aktor atau aktres harus melakoni peranannya sesuai dengan kehendak skrip, kerana kalau tidak, pasti akan mendapat teguran pengarahnya. Begitulah, kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini harus sentiasa taat dan patuh pada aturan yang telah digariskan oleh Allah dalam kitab-Nya al-Qur'an atau aturan yang diajar oleh Rasul-Nya. Sekiranya melencong dari aturan-aturan yang Allah tetapkan, maka Allah akan 'menegur'nya dengan berbagai cara.
Salah satu bentuk teguran kepada manusia kerana menjalani peranan tidak sepertimana skrip, Allah berikan ujian hidup dalam berbagai bentuk.
"Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya." - Al-Mulk:2.
Bentuk ujian hidup adalah pelbagai. Ia boleh jadi penyakit, kematian, kemalangan, bencana alam, kesulitan ekonomi, sukar dapat jodoh, kegagalan rumahtangga dan berbagai lagi bentuk ujian yang Allah berikan kepada umat manusia.
Sepertimana kenyataan ayat di atas, ingatlah sesungguhnya segala macam ujian yang ditimpakan kepada manusia, hakikatnya adalah untuk mengetahui sejauhmana keimanan serta ketakwaan mereka kepada Allah swt. Apakah hadirnya ujian dan cobaan, manusia akan lebih dekat kepada Allah? Atau sebaliknya, datangnya ujian semakin menjauhkan manusia daripada-Nya?
Semoga kita bukanlah dalam golongan pelakon yang tidak memainkan peranannya sesuai dengan kehendak skrip yang akhirnya membuatkan pengarah marah yang merupakan dosa yang menyengsarakan. Dan kita berdoa agar kita adalah termasuk orang-orang yang sabar dan ikhlas menerima segala keputusan Allah, selalu melihat sisi positif dan berbaik sangka terhadap ketetapan Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)