Wednesday, August 11, 2010

Padang, Indonesia - Day 1

Kami bangun awal hari ini, 6 Ogos 2010. Flight ke Padang pukul 7.50am. Seperti biasa, untuk international destination, eloknya kena berada di airport 2 jam sebelum departure. Kami bertolak dari rumah tepat jam 5.00am, sampai di LCCT lebihkurang 6.15am, parked the car dan terus menuju ke bilik solat, solat subuh.

Setelah menukar wang (currency rate is RM1=Rp25xx, the lowest rate so far against Indonesian Rupiah??), terus ke check-in counter. It's a common check-in counter for those bound for Indonesia, too bad. Orang sangat ramai, sistempun nampak slow. 7.10am baru selesai di situ. Masa agak suntuk, terus ke kaunter imigresen. Selepas pemeriksaan imigresen, terus berjalan laju menuju Gate T5 bersama penumpang lain yang telah beratur. Kesian Fatin dan Amalina yang terpaksa berkejar-kejar mengikut pace bapanya.

Penerbangan LCCT - Padang tidaklah lama, lebihkurang 1 jam sahaja. Belum sempat habis mengisi borang-borang kastam dan imigresen Indonesia, aircarft sudah mulai descending. Landed in Minangkabau International Airport on time as scheduled, 8.00am local time.

Pak Ferry sudah berada di luar pintu keluar Arrival Hall, terus ke kereta Avanzanya. Kami dibawa menghala ke Bukittinggi. On the way, kerana belum sarapan lagi di Kuala Lumpur, kami berhenti di Rumah Makan Lamun Ombak. Benarlah kata orang, memang unik cara serve makanan di restoran-restoran di sini. Masing-masing akan diberikan bekas air basuh tangan dan kemudian dihidangkan dengan berbelas pinggan kecil berisi lauk-pauk, macam-macam. Harga akan dikira mana yang kita makan.



Pemandangan dari Hotel Benteng, Bukittinggi. Aircond tidak ada, udara alami (semulajadi) sudah sejuk.



 Di sebuah kedai jual pakaian, telekung sembahyang, tudung di Koto Baru







No comments: