Mudah-mudah kita adalah termasuk orang-orang yang mendapat kebaikan, keberkatan dan kemenangan di bulan Ramadhan juga kejayaan i.e. 'itqun min annar, pembebasan daripada api neraka. Juga, janganlah kita termasuk orang-orang yang gagal sebagaimana hadis Rasulullah saw:
Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw pernah naik mimbar, kemudian berkata "Amin, Amin, Amin". Ditanyakan kepada beliau, "Ya Rasululllah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?". Beliau bersabda, "Sesungguhnya telah datang Jibril kepadaku, dia berkata, "Ya Allah, jauhkanlah (dari), siapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya (maka akan masuk neraka), saya mengucapkan, "Amin". Maka bagaimana dengan yang kedua, beliau berkata, "Ya Allah, jauhkanlah (dari), siapa yang disebutkan namamu, mereka tidak mengucapkan sholawat atas mu, saya menucapkan, "Amin". Maka, bagaimana dengan yang ketiga, beliau berkata, "Ya Allah, jauhkanlah (dari), siapa yang masih mempunyai kedua orang tua atau salah satu daripada mereka, tetapi tidak masuk syurga (kerana tidak berbuat baik kepada keduanya), maka akupun mengucapkan Amin.." Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Baihaqi.
No comments:
Post a Comment