Hari ini, Jumaat 27 Ogos 2010 merupakan kelepasan am bagi sebahagian negeri di Malaysia termasuk Selangor. Kami memang sudah merancang awal untuk balik ke Kelantan, sebelum itu akan ke Penang. Selepas subuh, kami bersiap dan lebihkurang jam 7.15am kami bertolak melalui MRR2 menghala ke Sungai Buloh dan seterusnya menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Perjalanan non-stop hampir 4 jam untuk kami sampai ke destinasi.
Berbuka di surau berhampiran dengan rumah ipar, dijamu dengan nasi tomato. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment