Sunday, October 17, 2010

Jagalah Solat

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tabrani dan Ibnu Hibban daripada Abdullah bin Amr bin Al-'Ash dari Nabi saw, sesungguhnya pada suatu hari baginda menyentuh tentang solat, baginda lalu bersabda yang ertinya,

"Barangsiapa yang menjaga solat, maka pada hari kiamat nanti dia berhak memperolehi cahaya, bukti dan keselamatan. Dan, barangsiapa yang tidak menjaganya, maka pada hari kiamat nanti dia tidak berhak memperolehi cahaya, bukti dan keselamatan. dan juga pada hari kiamat nanti dia akan bersama-sama dengan Fir'aun, Qarun, Hamman dan Ubai bin Khalaf".

Menurut Ibnu Qayyim, orang yang tidak dapat menjaga solat itu adalah kerana beberapa alasan, sibuk dengan urusan hartanya, atau sibuk dengan urusan kekuasaannya, atau sibuk dengan urusan jawatannya, atau sibuk dengan urusan perniagaannya. Lalu, jika sibuk dengan urusan hartanya, maka dia akan bersama Qarun, jika sibuk dengan urusan kekuasaannya, maka dia nanti akan bersama Fir'aun, jika sibuk dengan urusan jawatannya, maka di akan bersama Hamman dan jika sibuk dengan urusan perniagaannya, maka dia akan bersama Ubai bin Khalaf.

No comments: