Malam ini akan menentukan antara Kelantan atau Negeri Sembilan yang akan menjadi juara Piala Malaysia 2010. Kami sekeluarga berpeluang meninjau suasana di Kompleks Sukan Bukit Jalil pagi tadi. 10.30pagi, sebahagian besar penyokong The Red Warriors telah berada di sana. Begitulah semangat dan hebatnya penyokong Kelantan, sanggup berhabis wang ringgit kerana hanya bolasepak. Gelombang ini, pada masa ini hanya ada pada penyokong Kelantan. Yes, tunjukkan kepada sesiapa, bahawa kita adalah sentiasa menjadi peneraju. Semoga Kelantan berjaya kali ini setelah dikecewakan lawan yang sama tahun lepas.
No comments:
Post a Comment